LOGO DAN LAGU

LOGOsmkbb

WARNA

BIRU

  • Melambangkan kerjasama antara guru dan pelajar dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan menuju ke arah wawasan Negara.
MAROON
  • Melambangkan kejayaan dan kemajuan positif sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
KUNING
  • Memberi pengertian tentang semangat yang tidak luntur dalam kalangan guru dan pelajar.
HIJAU

  • Memberi makna kecintaan terhadap alam sekitar.

LAMBANG

GELUNG

  • Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.
RODA

  • Melambangkan kemajuan sains dan teknologi.
BUKU

  • Melambangkan penerokaan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
SEGI TIGA

  • Melambangkan Bukit Besar yang mana sekolah ini mendapat nama.

‘SMK BUKIT BESAR’

SMK Bukit Besar
Sekolah kami tercinta
Tersergam megah dan indah
Lambang kebanggaan kami

Guru sekolah kami
Berwawasan dan berilmu
Majulah sekolah kami
Capai wawasan negara

Cekal tekun tegas
Pegangan kami semua
Taat perintah Tuhan
Ibu bapa dan guru

SMK Bukit Besar
Lahirkan insan berilmu
Corakkan budi pekerti
Kami gemilang terbilang

Ciptaan : Puan Zaibidah Binti Botok @ Said
Lirik : Encik Awang Bin Ibrahim dan Encik Zulfaza

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SMK BUKIT BESAR

sekolah menengah kebangsaan bukit besar, kuala terenganu