KATA ALUAN

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, e-Cekal yang merupakan laman web rasmi SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan laman ini. e-Cekal, sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai SMK Bukit Besar serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SMKBB seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).

Pembinaan laman web ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Alhamdulillah kita dapat menyaksikan bahawa prestasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar terus meningkat dalam pelbagai bidang, khususnya dalam bidang akademik. Semenjak Tahun 2001 hingga 2009 graf prestasi terus bertambah baik sama ada di dalam Peperiksaan PMR, SPM mahupun STPM. Diharap semoga peningkatan ini akan bertambah melalui kerjasama erat pelajar, guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG).

Penekanan Pendidikan sekarang adalah untuk menghasilkan pelajar cemerlang dari segi akademik, akhlak dan agama yang kelak akan melahirkan modal insan cemerlang. Modal insan cemerlang menjadi satu faktor penting ke arah pembangunan negara pada masa hadapan. Sumbangan bermakna ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara melalui pelajaran yang mantap diharapkan dapat menjana pembangunan negara.

Warga sekolah sewajarnya sentiasa memberi tumpuan ke arah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar sentiasa cemerlang dan untuk itu, mestilah pula berusaha gigih demi merealisasikan mencapai kecemerlangan kerana tiada jalan pintas untuk mencipta.

Sekian, terima kasih.

PENGETUA,
SMK Bukit Besar,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

SMK BUKIT BESAR

sekolah menengah kebangsaan bukit besar, kuala terenganu

%d bloggers like this: