Warga BBesT mengucapkan selamat bersara kepada dua oran guru yang dikasihi iaitu Pn. Hjh Che Ku Zarina binti Che Ku Ali, Penolong Kanan Kokurikulum dan Ustazah Faizah binti Mansor.
Pertandingan Deklamasi Sajak dan Dendangan Syair Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2021
Tahniah adik Muhammad Wai’e Zakwan bin Zahari pelajar SMK Bukit Besar, menjadi JOHAN dalam Pertandingan Deklamasi Sajak dan Dendangan Syair Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2021. Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Wilayah Timur,,Di atas adalah pautan youtube dendangan syair yang menjadi johan pertandingan tersebut..
pelancaran ihya’ ramadhan & infaq kasih sayang
YM Cg. Tengku Mohd Nazari bin Tengku Ngah, Pengetua BBesT telah melancarkan program Ihya’ Ramadhan dan Infaq Kasih Sayang peringkat BBesT tahun 1442H. Pelancaran telah dilakukan pada 15 April 2021 bersamaan 3 Ramadhan 1442H.
Pelancaran yang diadakan dengan mematuhi sepenuhnya SOP dilakukan di pejabat sekolah dan disiarkan ke seluruh bangunan sekolah melalui sistem pembesar suara.
Pengetua baru smk bukit besar
Hari ini satu lagi catatan sejarah bagi SMK Bukit Besar. Warga BBesT menerima pengetua yang baru iaitu YM Cikgu Tengku Mohd Nazari b. Tengku Ngah menggantikan En. Ismail bin Md Ali yang bertukar ke Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu. Kami seluruh warga BBesT mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan di tempat baharu buat Cikgu Ismail. Juga jutaan TERIMA KASIH atas kepimpinan cikgu untuk BBesT dan TERIMA KASIH juga atas segala budi baik cikgu dalam menjaga kebajikan warga BBest. Diucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua yang baharu YM Cikgu Tengku Mohd Nazari b. Tengku Ngah. Bimbinglah kami untuk terus berjuang mendidik anak bangsa.
Selamat kembali ke sekolah
Selamat kembali ke sekolah anak-anak BBesT SPM 2020. Tabahkan hari kalian menghadapi ujian dari ALLAH S.W.T. Semoga pendamik Covid-19 menjadikan kita semua hamba yang pandai bersyukur.
Bagi meneruskan kesinambungan pembelajaran bagi tahun 2021 proses penghantaran buku teks tahun 2020 dan pengambilan buku teks bagi tahun 2021 akan diadakan sebagaimana maklumat di bawah.
Majlis penutup semarak merdeka 2020
Tahniah kepada semua pemenang yang memenangi pertandingan sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Kali ke-63.
ARUS PERDANA
Kategori Pertandingan | Pemenang Tempat Pertama |
1. Pertandingan Kelas Kondusif | Tingkatan 2 Ibnu Tufail |
2. Pertandingan Bicara Merdeka Menengah Rendah | Nur Aifaa Balqis (3IBT) |
3. Pertandingan Bicara Merdeka Menengah Atas | Nurul Asyiqin (4IBT) |
4. Pertandingan Swafoto Kreatif | Faris Aiman (5IBT) |
5. Pertandingan Kuiz e-Merdeka | Mohd Adam Fahmi (3IBR) |
6. Pertandingan Google Slide Wira Merdeka | Irfan Danish (3IBS) |
7. Pertandingan Penulisan Kreatif Ting. 1 | Nor Zulaikha (1IBR) |
8. Pertandingan Penulisan Kreatif Ting. 2 | Siti Nazirah (2IBJ) |
9. Pertandingan Penulisan Kreatif Ting. 3 | Muhammad Fakhrullah (3IBH) |
10. Pertandingan Penulisan Kreatif Ting. 4 | Nurul Hasnida (4IBS) |
11. Pertandingan Penulisan Kreatif Ting. 5 | Sharifah Mirna (5IBS) |
12. Creative Writing Competition Form 1 | Aleya Natasha (1IBR) |
13. Creative Writing Competition Form 2 | Muhamad Zulhasmee (2IBT) |
14. Creative Writing Competition Form 3 | Nur Aqilah Shafiyah (3IBT) |
15. Creative Writing Competition Form 4 | Nurul Hasnida (4IBS) |
16. Pertandingan Mewarna Ting. 1 | Muhammad Haziq (1IBS) |
17. Pertandingan Mewarna Ting. 2 | Farahin Syuhada (2IBR) |
18. Pertandingan Mewarna Ting. 3 | Putri Nurrul Eizzaty (3IBS) |
19. Pertandingan Melukis Poster Ting. 4 | Syarifah Adriana (4IBJ) |
20. Pertandingan Melukis Poster Ting. 5 | Nur Alya Afifah (5IBJ) |
21. Pertandingan Membuat Arca | Sharifah Nur Alia (1IBH) |
PPKI PENGLIHATAN
Kategori Pertandingan | Pemenang Tempat Pertama |
1. Pertandingan Reka Cipta Model Kemerdekaan | Muhammad Hafiz Syazwan |
2. Pertandingan Kelas Kondusif Semarak Merdeka | Muhammad Hafizul |
3. Pertandingan Melukis Poster | Muhammad Afiq Fikri |
4. Pertandingan Penulisan Kreatif BM | Muhammad Afiq Fikri |
5. Pertandingan Penulisan Kreatif BI | Muhammad Afiq Fikri |
6. Pertandingan Nyanyian Solo | Nur Anis Azirah |
PPKI MUTIARA KASIH
Kategori Pertandingan | Pemenang Tempat Pertama |
1. Pertandingan Mewarna : Kefungsian Tinggi | Muhammad Hafiz |
2. Pertandingan Mewarna : Kefungsian Sederhana | Siti Suhaila |
3. Pertandingan Mewarna : Kefungsian Rendah | Fahmi Danial |
4. Pertandingan Melukis : Kefungsian Tinggi | Nurin Syahmina |
5. Pertandingan Silangkata : Kefungsian Tinggi | Nurin Syahmina |
6. Pertandingan Silangkata : Kefungsian Sederhana | Wan Muhammad Luqman Hakim |
7. Pertandingan Puzzle : Kefungsian Rendah | Aidil Naim |
Aktiviti semarak merdeka 2020
Sempena Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara kali ke-63 pada tahun 2020 pelbagai aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh 15 Ogos hingga 17 September 2020.
Majlis Lambaian Kasih Tuan Haji Azman
5 Julai 2020, satu majlis perpisahan Tuan Haji Azman bin Abdul Majid, Pengetua SMK Bukit Besar yang ke-7, yang telah dilantik sebagai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Majlis yang agak sederhana tetapi cukup bermakna bagi semua warga BBesT tanda ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Azman selaku mantan Pengetua BBesT.
Kami Warga BBesT mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan yang telah menerajui warga BBesT ke arah yang lebih cemerlang. Semoga tugas tuan yang baru di PPD Kuala Terengganu terus diberkati oleh ALLAh S.W.T.
Majlis Penyerahan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019.
Persekolah Pasca Covid-19
Persiapan penyusunan bilik kelas telah dilaksanakan oleh para guru dan pekerja swasta SMK Bukit Besar sebelum menyambut kedatangan pelajar tingkatan lima. Penyusunan meja dan kerusi dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu jarak 1 meter.
PLC guru-guru yang mengajar tingkatan lima turut dilaksanakan bagi merancang pelaksanaan P&P sepanjang tempoh PKPP diwartakan oleh kerajaan.
Lawatan kerja Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Sektor Pengurusan Sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu ke SMK Bukit Besar bagi melihat kelancaran proses penerimaan murid dan pelaksanaan SOP. Ribuan terima kasih atas saranan yang diberikan oleh tuan berdua bagi memastikan kelancaran dan keselamatan murid dan warga BBesT.