MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar (SMKBB), Kuala Terengganu terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 5 hektar (12 ekar) yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Jalan Sultan Muhammad. Sekolah ini dikelilingi oleh pelbagai projek dalam kawasan pembangunan Bandar Baru Padang Hiliran. Bangunan sekolah yang terdiri daripada dua blok pengajaran dan pembelajaran serta sebuah kantin mula di bina pada tahun 1991 dengan pembiayaan Pinjaman Bank Dunia. Di antara prasarana yang disediakan termasuk pejabat pentadbiran, bilik pendidik, 16 bilik darjah, 5 makmal sains, 2 makmal ekonomi rumah tangga, pusat sumber (perpustakaan dan bilik bahan pandang dengar), bilik solat, klinik pergigian dan padang permainan. Sebuah gelanggang serba guna telah dibina pada tahun 1993.

SMKBB telah memulakan operasinya pada 1 Mei 1992 di bawah pimpinan pengetuanya yang pertama iaitu Encik Mohamad Bin Abu Bakar. Kemasukan pelajarnya bermula pada hari Ahad, 3 Mei 1992 dengan menerima pelajar peneroka dari Sekolah Menengah Padang Midin, Sekolah Menengah Sultan Ahmad dan Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Mereka ditawarkan ke sekolah ini berdasarkan lokasi tempat tinggal yang berdekatan. Pada minggu awal persekolahan, seramai 130 orang pelajar yang terdiri daripada 74 orang lelaki dan 56 orang perempuan telah melaporkan diri. Mereka diagihkan kepada 2 kelas Tingkatan Satu dan 2 kelas Tingkatan Dua. Tenaga pengajar (pendidikan) yang dibekalkan pada tahun pertama ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada 5 orang guru siswazah dan 7 guru bukan siswazah. Sementara staf sokongan yang terdiri daripada seorang pembantu tadbir, dua pembantu am rendah dan dua pekerja rendah awam turut dibekalkan untuk membantu pengurusan sekolah.

Meskipun SMKBB merupakan sebuah sekolah yang baru ditubuhkan dan menghadapi banyak kekurangan dari segi kelengkapan serta kemudahan, namun proses pengajaran dan pembelajaran, dan juga aktiviti kokurikulum serta beberapa program pembangunan kendiri telah dapat dijalankan dengan lancar hasil dari iltizam dan kerjasama pihak pentadbiran, para pendidik, staf sokongan, ibu bapa/penjaga dan para pelajarnya. Perubahan prasarana Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar dapat dilihat dari setahun ke setahun. Sekarang ini, kita dapat lihat kawasan persekitaran sekolah semakin cantik dan ceria. Bangunan sekolah semakin bertambah daripada 2 blok kepada 6 blok termasuk blok Pendidikan Khas dan Tuna Lihat. Bilangan pelajar juga telah meningkat ke 1300 orang setiap tahun. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, sekolah dibekalkan dengan sebuah makmal komputer. Terdapat 2 blok asrama bagi menampung pelajar lelaki dan perempuan yang aktif dalam kokurikulum dan tinggal jauh dari sekolah. Terdapat 2 buah pondok iaitu Pondok Bina Sahsiah dan Pondok Ilmu untuk kegunaan pelajar belajar secara berkumpulan. Untuk melahirkan insan yang kamil dan selaras dengan kehendak kerajaan sebuah surau dibina untuk kemudahan pelajar beribadat dan aktiviti surau dan dakwah. Selain dari pertambahan prasarana, SMKBB juga telah menempa kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Sesuai dengan visi sekolah iaitu SMKBB sentiasa cemerlang, adalah diharapkan dengan kepimpinan Pengetua Cemerlang iaitu Puan Hajah Zabedah sekolah ini akan terus cemerlang dimasa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

SMK BUKIT BESAR

sekolah menengah kebangsaan bukit besar, kuala terenganu

%d bloggers like this: