Pelancaran Program NILAM 2016

NILAM 2016

21hb Feburuari 2016, Program NILAM peringkat SMK Bukit Besar telah dilancarkan dengan sempurnanya oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd Nor bin Ali, Pengetua SMK Bukit Besar sendiri bertempat di Dewan Sekolah.

Nadi Ilmu Amalan Membaca – satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.

Menurut Pn. Norhayati, Penyelaras NILAM SMK Bukit Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan KPI bilangan buku yang  perlu dibaca oleh setiap pelajar adalah 26 buah setahun. Pelajar perlu merekod bacaan mereka ke dalam buku rekod NILAM dan seterusnya menghantar kepada guru NILAM sekolah.

Bagi menggalakkan pelajar SMKBB membaca, Pusat Sumber Sekolah bersetuju untuk memberikan insentif bagi pelajar yang banyak membaca pada tahun ini. Insentif berupa hadiah akan diberikan secara dua peringkat iaitu, hadiah untuk penggal pertama dan hadiah untuk penggal ke dua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s